Excerpt from “Dove Comes To Visit The Family That Rescued Her Every Day” by The Dodo – Feb. 10, 2022: Saya keluar dan apabila melihat ke bawah, saya nampak seekor merpati kecil. Oooh, awak lapar! Tiada cara untuk biarnya kembali ke atas pokok. Lebih banyak lagi? Mereka tanya sama ada mereka boleh beri makan kepadanya. Jadi saya kata, “Kamu boleh cuba tetapi sebaik saja dia boleh terbang, kamu perlu lepaskan dia.” Dia mengajar burung itu cara terbang. Saya kata, “Baiklah, nak, dah tiba masanya untuk dia dilepaskan.” Itu sangat penuh emosi bagi mereka. Lepas dua jam... Apa yang awak buat ini? Trigger telah kembali! Hai, Trigger! Apa yang awak buat ini? Saya tak pernah tahu bahawa saya akan menjalin hubungan dengan merpati. Dia seperti adik yang menjengkelkan. Dia benar-benar percayai kami.Excerpt from “Squirrel Visits His Rescuer Every Day For Years” by The Dodo – Jul. 15, 2023: Empat tahun yang lalu, saya selamatkan En. Peaches dan dia masih kembali melawat hingga hari ini. Baiklah, nak! Dia tahu bila itu waktu main. Saya dan Steve akan datang selepas bekerja seharian dan duduk di luar utk bermain bersamanya. Dia akan dapatkan belaian punggung. Dia mencium saya, jadi agaknya dia tahu dia disayangi. Awak ke, En. Peaches? Ia buat saya senyum setiap kali nampaknya. Awak ke? Ini dia, sayang. Oh, awak ini! En. Peaches memang merupakan ahli keluarga saya. Halo, En. Peachy. Masuklah. Mari.Anak perempuan saya temui seekor bayi tupai di atas lantai taman dan ibunya tak dapat dijumpai di mana-mana pun. Kami tahu bahawa dia perlukan bantuan dan mula beri makan kepadanya. En. Peaches tinggal di dalam laci anyaman rotan kecil untuk tiga bulan pertama. Kemudian bapa saya buat pagoda kayu yang kami gantungkan dari siling kerana tupai rasa paling selamat apabila mereka lebih tinggi. Selamat pagi. Dia sendiri buat kediaman kecil yang elok di dalam pagoda itu. Dia tahu bahawa dia sentiasa dialu-alukan masuk. Dia tahu di mana kekerasnya disimpan. Dia masuk, terus melompat ke atas, menyambar kekerasnya lalu pergi dari situ sekali lagi. Saya rasa jika En. Peaches tidak sayangi kami dan rasa selesa di sini, dia takkan terus kembali. Dia akan pergi dari sini tetapi dia terus kembali dan memutuskan untuk berkongsi hidupnya bersama kami. Kami berterima kasih atas itu.
Orang-haiwan dibuat oleh Tuhan, dicipta oleh Syurga. Tetapi sesetengahnya berubah menjadi jenis badan orang-haiwan ini disebabkan karma. Tetapi sesetengahnya turun ke Bumi secara sukarela dalam bentuk-bentuk orang-haiwan yang berlainan untuk bantu manusia dgn cara-cara berlainan. Tiada penghujung kepada kebaikan dan pengorbanan mereka untuk bantu manusia dan spesies lain! Bukan sahaja di planet ini tetapi juga di mana-mana saja di Alam Semesta. Itu dah pasti.Photo Caption: Jalan ke Rumah Ada dalam Hati AndaManusia Masih Mungkin Sedar dengan Sokongan dan Berkat daripada Tiga Paling Berkuasa yang Bersatu Semula, Bahagian 2 daripada 5
2025-05-01
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tahu akan semua nama anda, kakitangan dalaman. Kakitangan jauh, sesetengahnya. Sekarang saya amat tersentuh oleh surat anda yang… oh, ia masuk jauh ke dalam hati saya dan lebih daripada sekadar menangis. Kita bercakap tentang saudara kakitangan dalaman itu. Dia sangat muda dan kacak serta ada rumah, bukanlah dia tiada tempat untuk pergi. Pada masa itu, dia masih ada perniagaan dan teman wanita. Dulu saya tak rasa dia akan datang tinggal bersama kita macam selama-lamanya tetapi sekarang dia salah seorang anggota pasukan yang sangat bijak dan cekap.Saya syukur kpd Tuhan atas semua itu, atas anda semua yang memutuskan untuk datang bekerja bersama saya untuk dunia atas Nama Tuhan. Kakitangan dalaman juga ada banyak kerja, sama seperti kakitangan jauh tapi kakitangan dalaman lebih istimewa. Kita bekerja secara serentak. Kita perlu siapkan sebarang rancangan, sebarang kerja semasa berada di bawah segala jenis tekanan dan situasi, tidak kira masa bila dan hari apa, sama ada kita telah makan hidangan atau belum, sama ada kita cukup tidur atau tidak, kita laksanakannya mengikut tuntutan masa atau kepentingan kerja. Itu termasuk saya juga. Ya, anda tahu akan itu.Saya begitu gembira adanya pasukan sebegini seperti anda, sangat cekap dan berdedikasi. Saya tak dapat memuji dan berterima kasih kepada anda dengan secukupnya tapi agaknya itu kehidupan anda, misi anda yang telah anda pilih untuk datang ke sini, jalankan bersama saya tanpa sebarang pertimbangan untuk apa-apa yang lain. Jenis mentaliti biksu Buddha, mentaliti Buddha. Baginda ada kerajaan dan segala-galanya, isteri, anak – Baginda tinggalkan semuanya disebabkan oleh matlamat mulia yang ingin dicapai-Nya ini. Selepas itu pun, Baginda teruskan matlamat mulia itu kerana ingin bantu semua makhluk hidup pada masa itu.Sekarang saudara anda ini, ketika dia baru datang, saya tak rasa dia akan tinggal di situ tetapi dia beritahu saya secara sukarela. Kerana sebelumnya dia beritahu saya bahawa dia bekerja untuk kerajaan dan itu pekerjaan yang baik. Kami bercakap di Menton, saya rasa suatu kali dalam salah satu perhimpunan anggota kerja. Dia beritahu saya bahawa jika perlu, dia akan mengorbankan segala-galanya. Itu memang apa yang dibuatnya. Jadi dia masih di sini bersama kita semua, dan memang membuat apa yang perlu, apa-apa yang boleh dengan sedaya upaya. Dulu ketika dia baru datang, dia hadapi banyak jenis halangan maya tetapi tetap teruskan. Sekarang dia baik-baik saja, dah tentu. Saya begitu risau tentang dia, sama ada dia boleh tahan lama tetapi sekarang dia baik-baik saja. Syukur kepada Tuhan atas segalanya. Itu salah seorang saudara anda yang mengagumkan. Berjauhan dengan orang tercinta adalah sangat, sangat sukar. Mereka berdua memutuskan untuk menyahut cabaran ini. Saya begitu kagum dan berterima kasih kepada Tuhan dan mereka berdua.Ada lebih banyak lagi jenis orang ini dlm kakitangan dalaman. Mungkin mereka tak beritahu anda kisah mereka. Sama seperti kisah saudara ini, anda tak tahu sehingga saya beritahu anda sekarang! Tak cukup masa dan ruang untuk beritahu semua tujuan mulia anda menjadi kakitangan dalaman, jika anda beritahu! Tapi saya pasti, anda yang masih di sana adalah suci dlm Hati, kuat dalam Semangat dan berani dalam Kehendak tinggi anda. Syabas, nak! Tuhan kasihi anda. Saya juga! Saya pasti anda semua ada sebab istimewa datang bekerja bersama saya dalam pasukan yang rapat ini. Seperti seorang saudara anda ingin beli sebuah tempat untuk saya dengan semua simpanan dan pelaburannya kerana saya tiada tempat persendirian sebenar yang selamat. Saya menolak, dah tentu. Seorang lagi yang begitu muda, tak nak tinggal bersama keluarganya kerana “Guru perlukan bantuan untuk kerja-Nya…” – bagi umur 20-annya, dia begitu bijak dan berdedikasi!Saya pasti rindui anda juga. Berharap kita boleh berdekatan lagi supaya saya boleh bakar untuk anda kek cawan, pai buah cincang, pai epal (vegan)... tetapi buat masa ini, kita hanya bekerja untuk dunia dan saling mengasihi dalam hati! Untuk makluman anda, dah sangat lama saya tidak membakar. Itu susah payah yang tidak berbaloi dalam situasi saya di sini!!! Dan masa, oh...!! Tidak kira sama ada saya perlu berjauhan dari anda secara fizikal kadangkala, anda tetap teruskan kerja anda dan kita sentiasa bersama. Setiap kali anda hantar rancangan kepada saya, setiap kali anda tanya saya soalan atau apa-apa, kita sentiasa bersama. Jadi meskipun kita terpaksa pergi, kita pergi bersama juga. Jadi tiada satu pun drpd anda yg harus risau. Kita biarkan segalanya berlaku mengikut masa. Masa akan tunjukkan segalanya – apa yang perlu kita buat dan apa yang akan berlaku.Saya nak bercakap dgn anda lama dahulu lagi, sekurang-kurangnya beberapa hari yang lalu tetapi begitu banyak kerja, begitu banyak kerja dan saya tak begitu selesa. Tapi saya tak apa-apa. Karma sentiasa berlaku. Saya telah menjadi biasa dengannya. Jadi kadangkala meskipun ada kesakitan, saya tidak ingat untuk makan ubat atau tunggu saja. Anda dah tahu, saya dah kata, saya tak begitu suka makan ubat. Saya tunggu atau mengambil campuran herba sendiri atau apa-apa saja yang dapat saya fikirkan. Itu pun jika saya ada masa untuk fikirkannya. Saya dah begitu biasa dengan kesakitan dan perubahan dalam jenis kehidupan yang tidak tetap sehinggakan tiada apa-apa yang berlaku yg boleh begitu banyak ganggu saya lagi kecuali 8 bilion orang ini, 8 bilion nyawa orang dalam bahaya. Apa yang paling teruk, lebih banyak bahaya selepas itu, selepas apa-apa saja yang berlaku kepada mereka secara tiba-tiba jika dunia binasa dan mereka terpaksa pergi juga tetapi secara tiba-tiba tanpa persediaan, tanpa mengetahui pun bahawa mereka dah mati. Itu apa yang merisaukan saya.Tapi ini tak bermakna saya berputus asa tetapi tetap teruskan. Sentiasa ada sesuatu yang mungkin berlaku, mengubah situasi. Mungkin seluruh dunia manusia tiba-tiba mendapat kesedaran yang memakrifatkan tentang keseriusan baik hati, berbelas kasihan, pengasih dan bertimbang rasa terhadap semua makhluk di sekeliling. Mungkin mereka berubah. Mungkin mereka semua menjadi vegan. Doakanlah itu. Berdoa agar mereka ubah hati mereka, fikiran mereka. Mana tahu, mungkin ia tetap berlaku.Masa yang singkat tak bermakna mustahil. Kadangkala sesuatu datang di penghujung jangkaan, tanpa jangkaan. Anda tahu akan semua itu. Keajaiban sentiasa boleh berlaku. Majoriti daripada mereka tidak jalankan amalan spiritual tetapi baik hati. Saya lihat mereka dengan sabar bantu orang-rusa keluar dari tasik yang membeku supaya dia hidup. Saya lihat mrk guna pengering rambut untuk memanaskan orang-burung yang membeku di halaman rumah supaya dia dapat terbang semula.Saya lihat mereka melindungi, beri makan kepada haiwan liar, beri mandi percuma, sarang percuma, habitat percuma, makanan percuma kepada mereka. Mereka juga menyelamatkan orang-ikan yang terdampar, menyelamatkan orang-arnab, -rusa, -rakun, -tupai, -burung yang terperangkap dll... dan bawa mereka ke dalam rumah, tidak risau tentang risiko apa-apa pun, mungkin jangkitan atau apa-apa pun, dan mengejarkan mereka ke hospital atau kpd doktor haiwan utk selamatkan nyawa mereka, malah bawa mereka pulang selepas itu untuk terus menjaga mereka sehingga mereka pulih, kemudian melepaskan mereka. Sesetengah drpd mereka malah kembali setiap hari, bulan atau tahun atau kerap melawat penyelamat di rumah mereka. Kita cuba memaparkan sebanyak yang boleh jenis babak ini untuk menyedarkan manusia, biar mereka tahu bahawa orang-haiwan memang merupakan malaikat yang menyamar.