Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Humans Might Still Wake Up with Support and Grace from The Reunited Three Most Powerful, Part 1 of 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, semua orang tersayang saya, anggota pasukan dalaman, salam sejahtera daripada BFF (Kawan Karib Selama-lamanya) anda. Saya telah menerima semua surat anda kepada saya. Pasukan dalaman, saya ucapkan terima kasih kepada anda atas semua itu. Saya dapat rasa sesetengah drpd anda sangat risau dan cemas. Sesetengahnya risau tentang saya, terima kasih. Tapi saya tak apa-apa, memang, sudah biasa dengan kehidupan ini sejak lama dahulu lagi. Ia tak pernah tetap, tak pernah tenteram, tak pernah normal tapi saya tak apa-apa. Yakinlah!

Tetapi kebanyakan daripada anda bersikap menerima, tenang dan macam apa-apa pun yang berlaku, tak mengapa. Ini seharusnya sikap yang baik. Kita pengamal Quan Yin khususnya kakitangan Supreme Master Television, hanya buat apa saja yang harus kita buat. Jika kita perlu pergi, maka kita pergi. Jika Tuhan biar kita terus bekerja bagi berkhidmat kepada dunia, beri amaran, nasihat, bimbingan atau sokongan kepada mereka dari segi mental, emosi, fizikal dan/atau rohani, maka kita buat begitu saja. Jika kita perlu pergi, maka kita tak perlu buat apa-apa lagi. Itu cuti yang baik juga.

Saya bergurau dengan salah seorang anggota pasukan, berkata, “Wau! Kelihatan macam Tuhan juga berikan notis dua bulan kepada saya, dari April hingga Jun, sebelum kejadian sebenar.” Itu lebih panjang daripada banyak pekerjaan di dunia. Kadangkala anda diberi notis dua minggu, tiga minggu atau beberapa hari saja. Sesetengah syarikat menjemput anda pulang ke rumah dengan serta-merta dan tiada banyak yang boleh anda buat dengannya kecuali cari pekerjaan lain. Saya tak pasti sama ada saya nak begitu cepat cari kerja lain. Cuma saya berhati lembut dengan penderitaan makhluk. Kita akan lihat apa yang akan berlaku. Bagi beberapa daripada anda yang begitu risau tentangnya dan masih nak tawar-menawar dgn Tuhan, saya takkan berfikir macam itu lagi. Kita hanya buat sebaik yg boleh dan keadaan mungkin berubah menjadi lebih baik.

Saya berfikir siang dan malam tentang apa yang lebih merupakan strategi untuk dijalankan. Akan beritahu anda jika ada tak lama lagi Lagi banyak pemikiran lagi banyak saya perlu melawan bersama dengan pemikiran. Di alam tak nampak, kita tak boleh berfikir saja. Kita perlu bertindak. Jadi saya buat begitu setiap hari, setiap kali saya boleh, setiap saat dalam hidup saya. Rohlah yang harus anda pentingkan. Kita bekerja. Kita jalankan tugas dan kerja kita pada setiap nanosaat dalam hidup kita kerana itu saja yang perlu kita buat, itu saja yang boleh kita buat dan itu saja bantuan terbaik yang boleh anda berikan kepada planet ini, kepada orang, kepada makhluk haiwan tersayang dan semua makhluk yang lain di planet ini.

Mereka semua sangat hargai kerja kita. Mereka memuji anda, kasihi anda walaupun mungkin anda tak tahu itu. Itu seharusnya dah cukup untuk kita teruskan. Bukanlah kita bekerja untuk mendapat kasih sayang pun. Kita kasihi mereka. Sebab itulah kita buat kerja kita. Tetapi sama ada mereka kasihi kita atau tidak, kita bukan bekerja untuk itu. Tetapi mereka semua kasihi anda. Saya harap anda rasai Kasih Sayang Tuhan, kasih sayang orang-haiwan dan agak banyak kasih sayang manusia.

Kita telah menyusun segalanya yang mungkin yang boleh saya fikirkan untuk bantu manusia faham bahawa sayangi orang lain memang adalah sayangi diri sendiri. Seluruh hidup saya ialah testimoni itu. Setiap kesusahan yang saya alami, setiap karma yang mesti saya tahan adalah disebabkan oleh karma, disebabkan oleh maya. Mereka menyelubungi seluruh umat manusia, buatnya sukar bagi mereka memahami prinsip yang sangat asas dan mudah ini, iaitu anda perlu kasihi makhluk lain, kemudian anda akan dikasihi oleh semua makhluk.

Tuhan sentiasa kasihi kita. Cuma jika karma kita besar dan kita begitu dekat dengan maya, dengar nasihat dan pengaruh buruk iblis, syaitan, maka kita tersekat daripada menerima Kasih Sayang Tuhan. Itu masalahnya. Orang yang mati buat sementara waktu dan kembali, kita panggilnya ‘pengalaman hampir mati’. Mereka semua terima Kasih Sayang itu apabila keluar dari badan mereka dan keluar daripada pengaruh maya ini. Mereka menerima Kasih Sayang itu. Mereka sentiasa dinasihati supaya kembali ke sini dan bawa mesej bahawa kita mesti saling menyayangi.

Excerpt from “Sharon Milliman’s NDE – Part 1” Matt Cline YouTube Channel – Feb. 16, 2019: Tuhan kasihi anda seolah-olah anda satu-satunya orang yang pernah dicipta-Nya. Dia begitu kasihi anda sehingga Dia memikirkan anda setiap saat pada setiap hari. Dia kasihi setiap daripada kita seolah-olah kita satu-satunya orang yang pernah dicipta-Nya. Jenis kasih sayang yang kita di sini untuk belajar cara lakukannya ialah ‘Kasih Sayang Agape’. Itu bagaimana Tuhan kasihi kita: tanpa syarat, tanpa ikatan. Anda tak perlu berusaha utk dapatkannya Anda tak perlu buat apa-apa pun untuk mendapatnya. Dia kasihi anda saja. Dia sukai anda dan kasihi anda. Habis perkara.

Excerpt from “Man DIES; Shown the FUTURE of MANKIND in Profound NDE! Will Leave You SPEECHLESS! | Bill Tortorella” The Next Level Soul Podcast YouTube Channel - Oct. 24, 2023: Saya bergerak dengan semakin pantas. Terowong itu mempunyai warna-warna megah yang sangat cantik ini. Lagi pantas saya bergerak, saya rasai Kasih Sayang dan dipeluk. Saya tak pernah rasainya dalam hidup saya. Pada asasnya Tuhan ialah Kasih Sayang. Dia hanya mahu kita menjadi Kasih Sayang itu. Kita perlu berkembang menjadi Kasih Sayang di Bumi sini. Itu akan datang. Itu akan datang tak lama lagi.

Cuma lebih sukar di dunia ini apabila semua orang telah dilitupi dan diracuni. Kami Bertiga (Tiga Paling Berkuasa) membuat sebaik yang boleh sekarang untuk cuba bersihkan mereka supaya mereka boleh sedar dan faham bahawa veganisme ialah amalan nilai kasih sayang. Itu akan bawa segala tuah, berkat ke dalam planet ini semula dan ia akan menjadi Firdaus semula. Itu macam keajaiban. Sungai akan menjadi banyak semula. Laut akan menjadi bersih semula. Tiada zon mati di laut lagi. Tiada peperangan lagi. Tiada kebuluran lagi. Tiada wabak lagi. Memang, manusia di planet ini boleh alami semua itu jika mereka hanya lepaskan potongan daging orang-haiwan mati yang berdarah itu. Itu bukan fiksyen sains. Itu fakta. Mereka perlu alaminya. Semua orang yang menjadi vegan alami itu: ringan dalam badan, jiwa dan minda, lebih jelas, lebih cekap dalam bidang kerja, pekerjaan, lebih harmoni dalam keluarga, lebih maju dalam apa-apa saja impian yang mereka bina.

Excerpt from a heartline from Ghasif in Lebanon: Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Saya seorang warganegara Lubnan yang begitu kasihi Guru. Saya menjadi vegan dua bulan yang lalu dan kehidupan saya telah berubah 360 darjah. Saya melakukan meditasi setiap hari, secara purata 30 minit. Saya alami visi dalam mimpi yang rupa-rupanya benar dalam kehidupan harian saya. Saya rasa begitu tenang dan suci dari dalam. Saya begitu gembira dalam kehidupan baharu saya dan rasa diberkati. […]

Excerpt from a heartline from Hương Chi in Âu Lạc (Vietnam): Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Sudah hampir enam tahun sejak saya dan anak perempuan saya mengenal Guru. Sejak itu, kami mendapat tahu tentang kebaikan diet vegan dan segera beralih kepada gaya hidup vegan. Kesihatan saya tidak baik sebelumnya. Saya sering jatuh sakit dan perlu makan ubat. Sejak mengenal Guru, amalkan diet vegan, dengar khutbah Guru dan menonton Supreme Master TV setiap hari, saya rasa lebih optimistik setiap hari dan kesihatan saya telah bertambah baik. […]

Dan lain-lain…

Anda terutama kakitangan dalaman tahu akan itu. Sebab itulah anda masih bersama kami dan buat segalanya dengan sepenuh hati. Saya begitu tersentuh sehingga menangis dengan nota dan surat anda. Ia memang sangat ikhlas dan benar. Saya rasai kasih sayang daripada setiap perkataan yang anda tulis. Saya mengagumi anda semua. Saya rasa kagum dengan segala dedikasi dan keazaman anda untuk kekal bersama saya dan bekerja untuk dunia. Saya tahu banyak daripada anda ada sesuatu tempat untuk pergi dan ada orang utk dicintai atau tinggal bersama. Saya tahu akan itu.

Salah satu contoh ketara yang saya sendiri tahu ialah salah seorang saudara anda. Dulu dia pergi ke Hsihu. Pada masa itu, kita baru bermula, tidak merancang untuk lancarkan semula Supreme Master Television. Dia beritahu saya bahawa jika… Dia ada perniagaan. Dia ada teman wanita pada masa itu. Dia kacak dan temannya cantik. Kedua-duanya sangat berdedikasi. Saya pasti temannya juga bekerja untuk Supreme Master Television dengan sesuatu cara, jabatan yang berlainan. Berjauhan dengan orang tercinta ialah perkara yang paling sukar untuk dilakukan! Jadi saya tanya saudara anda itu sama ada dia rindui teman wanitanya dan dia berkata dengan kuat dan jelas dengan gelak ketawa, “TIDAK!!”

Ada sekurang-kurangnya seorang lagi saudara kakitangan dalaman keadaan yang serupa juga. Saya tak pernah benar-benar tanya tentang kehidupan peribadi anda kecuali anda beritahu secara langsung, seperti seorang lagi saudara malah merupakan doktor. Seorang lagi saudara perempuan serupa juga, berjawatan tinggi dan lain-lain... Anda semua, dengan sesuatu cara, memutuskan untuk menawarkan hidup anda kepada Kerja Tuhan. Begitu tersentuh dan bangga dgn anda! Meninggalkan segala-galanya untuk matlamat mulia ini ialah keputusan yang sangat sukar. Saya sendiri tahu akannya! Terima kasih secara berulang kali!

Photo Caption: Hidup Bersama dalam Kecantikan!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Filem Pendek
2025-05-06
283 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-06
596 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-05
515 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-05
114 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-05-05
141 Tontonan
Orang Baik, Perbuatan Baik
2025-05-05
95 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android