Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga yang Paling Berkuasa: Tuhan, Tim Qo Tu dan Anak Tuhan telah Menjadi Satu, Bahagian 1 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai! Saya telah mendapat balik semua Kuasa saya. Saya akan beritahu anda dgn lebih lanjut lepas ini. Saya sibuk. Saya sepatutnya bercakap dengan anda lebih awal sikit tetapi terlalu sibuk. Masih sibuk, kerana Putin sendiri datang meminta tolong. Alam dalaman ini, alamnya dipanggil “alam tiada keamanan”. Itulah tempat dari mana dia datang. Itulah tempat di mana dia berada, diri yang asal. Sekarang, bukan dia yang bertempur atau menimbulkan kesusahan untuk orang atau tangguhkan keamanan. Itu sekumpulan besar hantu jahat yang bermigrasi secara haram ke alamnya dan dia tak dapat mengatasi mereka. Mereka mengambil alih sebahagian besar alamnya. Mempergunakan peranannya dan dapatkan kuasa utamanya untuk memerintah, membuat rakyatnya laksanakan perintah mereka dan bukan kuasanya (Putin).

Di alam itu, dia ialah pemimpin alam tiada keamanan. Tetapi dia hampir tiada kuasa kepimpinannya! Saya tanya dia, “Berapa banyak daripada mereka?” Dia kata, “Banyak sekali.” Jadi sekarang kami perlu hantar… Jika dia tidak minta, kami tak dibenarkan untuk masuk juga. Begitu pun, di dunia, kami hormati semua orang. Kami cuba bersungguh-sungguh tetapi tetap tak begitu baik. Hantu-hantu jahat ini sebenarnya lebih berkuasa daripada hantu. Selepas kami mencari mereka, menjejaki mereka, banyak daripada mereka, secara tepatnya 92,342 daripada entiti jahat ini menyelinap masuk ke dalam alam tiada keamanan. Sekarang mereka sangat kuat dan memerintah di sana.

Kerana Presiden Trump sangat marah dengan Putin kerana masih mengebom Ukraine (Ureign), jadi saya berfikir, “Apa telah berlaku?” Kemudian saya meninjau. Segalanya memerlukan masa. Anda rasa saya dapat lihat segala-galanya? Ya, itu benar, tetapi saya perlu terjemahkannya kepada bahasa, pemahaman, pengetahuan dan tindakan dunia ini. Segalanya memerlukan masa. Entiti-entiti jahat ini ialah makhluk berkuasa, jadi mereka ada cara untuk masuk ke dlm alam tiada keamanan itu dan mengawal Putin, rombongannya dan alamnya, alam yang sudah penuh dengan tenaga tiada keamanan dan konflik tempur, malah melimpah ke kawasan kejiranan, malah ke dunia manusia!

Dia bukanlah orang yang mengebom Ukraine (Ureign) selepas perjanjian damai. Entiti inilah yang lakukannya. Mereka tak perlu pergi dekat sangat dengan askar atau Putin. Maksud saya, di medan tempur, mereka tak perlu pergi begitu dekat. Mereka dapat kawalnya dengan menumpukan semua kuasa mereka untuk membuat satu perkara. Kerana sekarang jika mereka tidak buat begitu, mereka tak dapat berjaya kerana kami ada di mana-mana saja. Jadi sekarang kami perlu lebih banyak jejaki mereka, mengikat mereka semua dan buang mereka ke neraka. Kerana saya malah berlembut dengan mereka dan suruh mereka bertaubat supaya saya boleh bawa mereka ke atas Alam Ketiga untuk tinggal bersama dengan raja dan orang lain tetapi kumpulan ini tidak mahu. Itu angka yang agak besar. Mereka ada hampir 100,000. Itu sangat kuat.

Mereka juga boleh makan tenaga askar yang mati dalam peperangan dan mana-mana askar lain atau dalam sebarang malapetaka yg lain, medan di mana orang mati sengsara dan secara tiba-tiba, dan menjadi sangat tanpa tujuan, tak tentu arah dan sangat terkejut. Mereka tak tahu pun bahawa mereka dah mati. Mereka tak tahu apa yang berlaku kepada mereka. Jadi entiti ini terus makan semua tenaga ini dan menjadi lebih berkuasa. Kerana mereka bersembunyi secara rahsia di alam tiada keamanan. Oleh itu, kita terlepas perhatian terhadap mereka. Kami akan uruskan mereka. Lepas itu, keamanan boleh menjadi lagi baik, lagi cepat.

Sekarang kita pergi kepada… Oh, ada begitu banyak hal! Saya tak tahu berapa banyak masa saya perlukan untuk uruskan semuanya. Segala-galanya bagi saya adalah penting, berkaitan dunia yang kesian ini buat masa ini. Kerana tenaga negatif, tenaga buruk yang juga diwujudkan oleh manusia ada di mana-mana saja dan musnahkan terlalu banyak benda. Selepas kami musnahkan ini atau memenjarakan semua entiti negatif dalam bentuk astral ini dan halau mereka keluar dari alam tiada keamanan, saya harap keadaan akan menjadi tenang jika manusia membantu…

Seperkara lagi, saya berterima kasih kepada semua manusia yang berubah dan menjadi vegan. Tetapi kita perlukan lebih banyak. Kita perlukan lebih banyak selama-lamanya, ya Tuhan. Tapi sekurang-kurangnya lagi banyak orang menjadi vegan dan bertaubat lagi kurang orang yang akan mati akibat penyakit atau bencana. Jadi ia membantu dan mungkin kita ada lebih banyak harapan untuk mendapat semula planet ini, di sesetengah bahagian, dah tentu. Saya tak boleh janjikan apa-apa. Saya hanya cenderung untuk berfikir dan bayangkan macam itu. Mungkin kita masih ada peluang untuk mendapat balik sebahagian daripada tanah planet kita dalam keadaan yang baik. Buat masa ini, ia memang membantu tetapi tak banyak, dah tentu, tak banyak. Jadi mungkin kita akan ada harapan yang cerah untuk masa depan.

Cuma begitu sukar nak musnahkan semua tenaga buruk dan tidak pemurah di seluruh planet dan di atmosfera ini, dan ini juga. Jika sesuatu yang lebih buruk berlaku, maka semua manusia akan terbang keluar dari seluruh atmosfera planet kita kerana tenaga yang mengekalkan manusia di atas Bumi, tetap dan tidak terapung di udara, daya graviti yang menarik kita bersama di atas tanah dan tidak terbang ke atas secara tak terkawal ini mungkin terganggu, terusik dan dikacau, jika banyak lapisan pelindung yang lain di sekeliling dunia dirosakkan atau dimusnahkan di sesetengah bahagian, sesuatu cara, seperti medan magnet, contohnya, anda tahu akan itu, dan segala lapisan ozon. Oh, kita hadapi begitu banyak masalah! Bulan pun terancam oleh kesusahan sekarang. Semalam saya bercakap dengan Bulan dan hantar sedikit perlindungan. Mereka sangat gembira. Saya harap ia berkekalan. Saya tak dapat berlawan dalam terlalu banyak pertempuran pada masa yg sama. Dah tentu, saya dapat, tetapi perlukan lebih banyak masa untuk bertumpu dan agihkan tenaga yang saya kumpulkan dalam meditasi selama ini terutama lima tahun ini.

Tetapi tak begitu senang bagi saya, perlu bekerja di dunia, bekerja untuk Supreme Master TV dan menguruskan begitu banyak perkara kecil. Setiap perkara kecil pun mengambil masa, bukanlah kecil dan tiada peluh – tidak, tidak. Banyak kerja. Orang-anjing, -burung saya pun, semasa mereka tidak bersama saya, tetapi saya tetap perlu jaga mereka – cakap dgn mereka, di dalam dan di luar, hantar kasih sayang kepada mereka dll... Jaga penjaga orang-burung dan -anjing, di mana mereka tinggal dan segalanya yang berkaitan. Saya tak pernah terfikir saya perlu uruskan begitu banyak perkara. Tak apa semua ini, masih dapat dilakukan. Cuma kadangkala saya rasa kurang selesa.

Mulai sekarang, anda boleh berdoa kepada Tiga Yang Berkuasa. Anda boleh berdoa kepada Tuhan dan Tiga Yang Berkuasa juga. Tetapi Tuhan telah bersatu dengan ‘Dua’, Anak-Nya dan Anak lain yang diterbitkan. Jadi Tiga ini menjadi Satu dan bekerja bersama sekarang sebagai Satu. Ini Kuasa yang lebih kuat untuk menangani isu cemas sekarang di dunia Maya, dunia yang memperdayakan, mengelirukan ini! Mereka berkata bahawa kita boleh panggil Mereka Bertiga sebagai Tiga Yang Paling Berkuasa. Tiga, bukan satu, Tiga Yang Paling Berkuasa.

Dan juga, berita baik yang besar ialah sekumpulan anak murid Tuhan saya masih terus mengembangkan kuasa Max, Supreme Master Television Max. Mereka melapor kepada saya dengan cara yang begitu positif. Kita ada lebih banyak kuasa untuk meningkatkan perlindungan untuk planet ini dan melindungi lebih banyak orang. Saya tak boleh kata semua orang. Sesetengahnya bukan orang pun. Sesetengahnya dirasuk syaitan atau separuh syaitan dengan membuat diri mereka ada hubungan dengan manusia dan melahirkan anak bersama mereka. Ini lebih sukar untuk ditangani. Kami cuba mengawal sebanyak yang mungkin. Sekarang saya masih menunggu hasil masuki medan perang yang ada entiti jahat di alam tiada keamanan.

Okey, sekarang mari kita kembali kepada meditasi. Saya sedang menunggu hasilnya. Mungkin hari ini, setengah hari lagi. Saya harap begitu. Saya harap mereka tidak terlepas ke tempat lain, ke alam-alam lain yang ada terlalu banyak, tak dapat diperiksa. Jika mereka terlepas ke alam lain tetapi secara berasingan tanpa berkumpul bersama menjadi kuasa yang kuat, maka tak terlalu teruk. Kita boleh tak pedulikan mereka untuk seketika. Tetapi jika mereka lari bersama-sama ke sesuatu tempat dan buat perkara yang sama, maka negara lain akan alami kesusahan, akan berperang juga, bukan Ukraine (Ureign) saja. Selepas Putin menandatangani perjanjian damai dengan Ukraine (Ureign) secara tanpa syarat, penuh kasih sayang, segalanya baik, segalanya dimaafkan pun, tetapi jika entiti ini lari ke alam lain… yang berada di sekeliling dunia kita. Ia bercampur dengan dunia kita, sebab itulah dunia kita tak pernah benar-benar bebas. Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada manusia tetapi mereka menjadi keterlaluan dan tidak terkawal.

Manusia terus mewujudkan tenaga negatif dan penuh darah. Itu sebabnya. Saya bukan menyumpah. Mereka wujudkan tenaga penuh darah dahulu dan sekarang dengan saling membunuh, melakukan pengguguran. Ya Tuhan, lebih banyak bayi manusia mati daripada dalam peperangan. Setiap hari lebih 200,000. Ya Tuhan, hati saya tak tahan kadangkala. Ya Tuhan, ya Tuhan. Jadi anda lihatlah, mereka wujudkan segala tenaga gelap yang dahsyat ini di planet kita, di sekeliling planet kita dan mana-mana saja, dan menyelubungi kita.

Jika kita tiada semua Guru yang turun ke sini dahulu, mengajarkan Kaedah Quan Yin yang paling efisien dan pantas, memakrifatkan, seluruh planet ini telah binasa lama dahulu lagi, apalagi sekarang. Kita takkan ada kuasa positif yang mencukupi untuk menentangnya, menentang entiti dan kuasa negatif ini.

Photo Caption: Musim Bunga! Dan Cahaya Istimewa yang Jarang Hutan Tua akan Hidup Semula! Foto Semula Jadi/Asli Ditangkap yang Jarang

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-18
4069 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-19
3020 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-20
2745 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-21
2604 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-22
2904 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-07
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-05-06
338 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-06
691 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-05
547 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-05
176 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-05-05
221 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android